Maxis Business Spark UsahaWIRA

Dapatkan lebih ramai pelanggan

Kembangkan perniagaan dan tingkatkan jualan anda melalui kaedah-kaedah promosi baru supaya para pelanggan dapat menemui anda. Terokai panduan kami mengenai pelbagai cara untuk menjangkau lebih banyak pelanggan dalam talian dan luar talian termasuk:

  • Pengiklanan media sosial di Facebook dan TikTok
  • Pengiklanan di platform "Over-the-top" (OTT) seperti iQiyi dan Viu
  • Cara memanfaatkan Google untuk perniagaan anda
  • Pengiklanan TV dan radio di Astro
  • Tips dari guru media sosial seperti Najib Asaddok
  • Jual di platform marketplace seperti Shopee
  • Kajian kes dan lebih lagi

Maksimumkan produktiviti

Teknologi komunikasi yang tersedia pada hari ini membolehkan para perniaga kekal berhubung dengan pelanggan, pembekal dan pekerja dengan lebih mudah dan cekap. Dalam bahagian ini, anda dapat mengetahui:

  • Penyelesaian digital untuk menyokong kerja jarak jauh dengan lebih baik
  • Tips dari UsahaWIRA lain seperti anda untuk berkolaborasi dalam talian
  • Tahap kesediaan digital perniagaan anda
  • Kajian kes dan lebih lagi

Dapatkan bantuan kewangan perniagaan

Ingin mendigitalkan perniagaan anda tetapi memerlukan bantuan dana? Maxis Business dan rakan-rakan industri kami sedia membantu perniagaan anda memulakan perjalanan ini. Dapatkan lebih maklumat mengenai:

  • Adakah perniagaan anda layak memohon Geran Digitalisasi PKS MDEC
  • Cara membuat permohonan geran yang berjaya
  • AmBank SME-in-a-Box untuk modal kerja dan keperluan kewangan lain
  • Kajian kes dan lebih lagi

Berniaga secara online secara efektif

Kini anda dapat membawa perniagaan anda ke dunia digital dengan cepat dengan bimbingan koleksi panduan kami cara kami untuk memulakan perjalanan e-dagang dan mengembangkan perniagaan anda:

  • Bagaimana memulakan penjualan di marketplace dalam talian seperti Shopee
  • Cara menguruskan pesanan dalam talian tanpa komisen untuk restoran/kedai runcit anda
  • Apa yang telah dilakukan oleh UsahaWIRA lain untuk meningkatkan jualan dalam talian
  • Kajian kes dan lebih lagi

Analisis data untuk membuat keputusan perniagaan

Pendigitalisasi perniagaan memerlukan strategi pengurusan data dan maklumat yang mantap dan bersesuaian dengan matlamat perniagaan anda, tetapi analisis data sering dianggap susah untuk PKS. Maxis Business membawakan anda koleksi panduan penggunaan data untuk menyelesaikan masalah perniagaan dengan mudah, termasuk:

  • Cara menggunakan analisis data untuk mengembangkan perniagaan anda
  • Mulakan pengesanan dan visualisasi data dengan penyelesaian digital dari pemimpin industri terkemuka seperti Microsoft
  • Kajian kes dan lebih lagi

Tingkatkan kecekapan pengurusan kos operasi

Ketidakpastian situasi mungkin telah memaksa anda untuk mengimbangi sumber yang terhad dan menjejaskan produktiviti dan ketangkasan yang anda perlukan untuk terus menerajui dalam perniagaan. Ketahui bagaimana anda dapat memanfaatkan teknologi untuk membantu mengendalikan kos operasi perniagaan dengan panduan-panduan kami mengenai:

  • Penyelesaian pintar untuk memantau keadaan kenderaan penghantaran anda
  • Bagaimana pengeluar, hotel dan syarikat perkhidmatan profesional dapat menjimatkan kos dengan perkhidmatan internet 'pay-per-use'
  • Petua dari UsahaWIRA lain untuk menguruskan aliran tunai dalam masa yang mencabar ini
  • Kajian kes dan lebih lagi

1

Growing Together: Bata Finds Success Both Online and Offline

2

How a Local Pet Shop Stayed One Step Ahead and Helped Their Business Thrive During a Difficult Period

BM

Selamat Datang Ke

Maxis Business Spark UsahaWIRA!

Daftar sekarang dan sertai persidangan percuma ini untuk mengukuh dan mengembangkan perniagaan digital anda. Terokai sesi bual bicara kami, bengkel digital oleh pemacu industri terkemuka, dan ciri khas yang lain termasuk:

Live Networking

Temui rakan-rakan UsahaWIRA dan pemimpin industri dan raih hubungan yang bermakna untuk perniagaan anda.

Kisah Kejayaan

Saksikan kisah usahawan yang berjaya memajukan bisnes mereka melalui digitalisasi.

Panduan Kickstart Digital

Terokai koleksi sumber dan panduan kami untuk membantu anda merancang dan memulakan perjalanan digitalisasi anda.